Skip to main content
Pandangan GlobalHeights

Kos Pembinaan Melambung di Amerika Syarikat

By Julai 31, 2023Ogos 9th, 2023No Comments
Kos Pembinaan Melambung di Amerika Syarikat

Menurut analisis kos global terkini oleh perunding perkhidmatan profesional UK Turner & Townsend, Amerika Syarikat telah memperoleh kedudukan sebagai negara termahal di dunia untuk pembinaan.

Terutama, enam daripada 10 bandar teratas dengan kos pembinaan tertinggi di seluruh dunia terletak di Amerika Syarikat.

Pencapaian ini tidak pernah dicapai dalam sejarah, bahkan mengatasi London dan Hong Kong, yang diketahui mempunyai perbelanjaan sara hidup dan pembinaan yang sangat tinggi.

Menurut agensi itu, situasi ini disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk US dollar yang kukuh dan kesan meluas “Bidenomik”.

Pengalisis berpendapat bahawa trend ini juga berlaku melalai kesan daripada Akta Pengurangan Inflasi persekutuan dan Akta CHIPS yand diperkenalkan pada tahun 2022.

Turner & Townsend mengkreditkan tindakan ini sebagai memacu pelaburan dalam pasaran sekunder Amerika Syarikat, dengan tumpuan khusus untuk mengukuhkan operasi pembuatan.

Perkembangan terkini sebegini menjadi bukti kepada iklim ekonomi yang menggalakkan yang dinikmati negara tersebut pada masa ini, diiringi oleh kerajaan yang telah mengambil inisiatif proaktif untuk memupuk pertumbuhannya.

Dasar kerajaan telah menggalakkan perniagaan untuk melabur di negara ini dan kini membayar dividen dengan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan industri pembinaan.

“Apa yang kami lihat ialah permintaan ini membentuk semula gambaran global pelaburan,” kata John Robbins, pengarah urusan dan ketua hartanah Amerika Utara di Turner & Townsend. “Lebih banyak aktiviti pembinaan memacu persaingan dan syarat pembidaan, dan kini lebih separuh daripada 10 bandar paling mahal untuk dibina berada di Amerika Syarikat.”

New York City dan San Francisco terkenal sebagai tempat yang mahal untuk tinggal dan bekerja, dan data terkini mengesahkan perkara ini.

Menurut tinjauan, kos purata bangunan di New York City ialah US$5,451 setiap meter persegi, dengan San Francisco tidak jauh ketinggalan pada US$5,200 setiap meter persegi.

 

 

lps

This will close in 20 seconds