Proses pembuatan baharu ini mengurangkan pelepasan karbon yang dihasilkan oleh pengeluaran simen tradisional, dan dapat mengurangkan penggunaan air.
Cara tradisional menghasilkan simen membahayakan planet ini lebih daripada yang kita boleh bayangkan. Walau bagaimanapun, permintaan untuk simen dan konkrit terus meningkat walaupun terdapat kesan alam sekitar yang berbahaya.
Sudah tiba masanya kita melabur dalam teknologi inovatif yang menghapuskan kesan iklim pembinaan. Dan mujurlah, Biomason telah membuka jalan dalam hal ini.
Biomason dari Research Triangle Park, North Carolina, kini telah berjaya menggantikan langkah pemanasan dan pembakaran tradisional yang terlibat dalam pengeluaran simen dengan proses biologi untuk mencipta produk yang lebih hijau dan membatu kearah alam sekitar lestari.
Pendekatan Biomason melibatkan penggunaan bakteria untuk mencipta simen. Mikroorganisma ini menggunakan bahan mentah yang banyak dan murah seperti pasir, kalsium karbonat dan aliran sisa daripada proses perindustrian. Dalam proses yang dipanggil “Microbial-Induced Carbonate Precipitation” (MICP), bakteria merembeskan simen dalam bentuk kristal kalsit (calcite crystals), mewujudkan alternatif sangat inovatif berbanding simen tradisional.
Faedah alam sekitar pendekatan Biomason adalah meluas. Bukan sahaja proses pembuatan baharu ini mengurangkan pelepasan karbon yang dihasilkan oleh pengeluaran simen tradisional, tetapi ia juga mengurangkan penggunaan air. Teknologi ini boleh menghalang pelepasan lebih daripada 1.5 bilion tan CO2 secara global setiap tahun, membantu menangani krisis iklim yang mendesak.
Produk Biomason juga lebih menjimatkan kos berbanding simen tradisional – yang membolehkan Biomason terus memainkan peranan penting dalam mengubah industri simen sambil menjadikannya lebih hijau.