Skip to main content
search
Pengumuman CIDBInfo Terkini

Program Multidisciplinary Building Information Modelling (BIM) with AR/VR Application & Laser Scan Data Processing – Sesi 2

By Jun 10, 2023Disember 4th, 2023No Comments
Program Multidisciplinary Building Information Modelling (BIM) with AR/VR Application & Laser Scan Data Processing - Sesi 2

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama UMP Holdings Sdn Bhd akan mengadakan Program Multidisciplinary BIM With AR/VR Application & Laser Scan Data Processing. Program ini akan berlangsung selama 2 bulan bermula pada  Ogos 2023 sehingga Oktober 2023 bertempat di BIM UMPH Digital Construction Centre, Kompleks UMP Holdings.

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON?

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 30 tahun.
  3. Pemohon tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
  4. Pemohon telah menamatkan pengajian diploma atau ijazah dalam bidang Architecture, Engineering & Construction (AEC).
  5. Pemohon boleh memberikan komitmen sepanjang kursus berjalan iaitu selama 2 bulan.
APAKAH KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM INI?

  1. Kursus intensif BIM selama 2 bulan
  2. Latihan pentauliahan CIDB BIM Advance Modeller (Arkitek, Struktur, Mekanikal & Elektrikal)
  3. Pendedahan pelaksanaan projek sebenar
  4. Tips & tricks bagi latihan teknikal
  5. Elaun & Penginapan sepanjang kursus disediakan.

BERMINAT UNTUK MENYERTAI PROGRAM INI?

Sila hantar salinan resume, bukti tamat pengajian (surat senat atau sijil) dan surat pemberhentian kerja (sekiranya diberhentikan) kepada alamat emel berikut:

Dokumen-dokumen permohonan boleh dihantar melalui emel sehingga 10 Julai 2023.

Hanya pemohon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak lengkap dan lewat tidak akan dipertimbangkan.

Kursus ini dijangka akan bermula pada Ogos 2023.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut,pihak kami boleh dihubungi seperti talian berikut:

Pn. Nor Aini                :  +6011-1632 4658

En. Razif Abdullah      : +603-4047 8055