Skip to main content
search
Pengumuman CIDB

Pemakluman Penambahan Syarat Pembaharuan / Pendaftaran Semula Bagi Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) Gred G1 dan G7

By Mac 11, 2020November 6th, 2023No Comments

Adalah dimaklumkan bahawa berkuatkuasa pada 01 April 2020 CIDB akan membuat penambahan syarat bagi tujuan pembaharuan / pendaftaran semula Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) bagi gred G1 dan G7 seperti dibawah :

Gred Syarat Tambahan
G1 Sahaja *MCORE yang sah (tanpa syarat Tahap (Level) penarafan tertentu)
G7 Sahaja *SCORE yang sah (tanpa syarat penarafan bintang tertentu)

Kegagalan memenuhi syarat tersebut akan mengakibatkan permohonan pembaharuan/ pendaftaran semula PPK bagi gred G1 dan G7 tidak dapat diteruskan.

Pihak kontraktor adalah dinasihatkan supaya membuat permohonan SCORE/ MCORE terlebih dahulu melalui sistem CIMS sebagai persediaan awal sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum mengemukakan pembaharuan/ pendaftaran semula PPK.

Pemakluman Penambahan Syarat Pembaharuan / Pendaftaran Semula Bagi Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) Gred G1 dan G7

 

 

lps

This will close in 20 seconds