Pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia memberi kesan dan impak besar kepada aktiviti sosial, ekonomi dan juga pekerjaan. Pihak CIDB mengambil inisiatif membantu individu/personel yang terkesan dengan pandemik ini. Program Prihatin Personel Binaan ini merupakan inisiatif CIDB kepada personel bagi mendapatkan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) dengan tajaan penuh menerusi kaedah satu (1) iaitu Latihan & Pentauliahan.
Terbuka Kepada
- Individu/personel binaan yang diberhentikan kerja (berpengalaman di dalam bidang pembinaan)
- Individu / personel yang diberhentikn kerja ( tiada pengalaman di dalam bidang pembinaan )
- Individu/ personel binaan yang masih bekerja di dalam bidang pembinaan