Skip to main content
search

Personel Binaan

Pentauliahan Pusat Latihan
Bertauliah (PLB) CIDB

Latar Belakang PLBKategori Program LatihanPusat Latihan Bertauliah CIDBPusat Penilaian Kompetensi Bertauliah CIDBPentauliahan Pusat Latihan BertauliahSyarat-Syarat Pentauliahan PLB CIDBSenarai Program Latihan bagi PLB CIDBCara Memohon Pentauliahan sebagai PLB CIDBKadar Yuran Permohonan PLB CIDBKaedah Pembayaran Yuran Pentauliahan PLB CIDBProses Permohonan Pentauliahan PLB CIDBMaklumat Perhubungan PLB CIDB

Program Untuk Industri

Latar Belakang

Pentauliahan Pusat Latihan Bertauliah CIDB (PLB CIDB) Bagi Progam Latihan Berkaitan Persijilan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP)

Seksyen 33B Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Pindaan 2011 [Akta 520] menggariskan bahawa:

33b. (1) Lembaga, bagi maksud latihan, akreditasi dan pemerakuan personel binaan boleh—

  • (a) menubuhkan, memajukan, dan mengakreditasi institusi latihan;
  • (b) menubuhkan suatu badan untuk menjalankan penilaian atau penaksiran atau untuk menjalankan pemeriksaan ke atas institusi latihan itu;
  • (c) menubuhkan suatu badan untuk membangunkan, memantau dan mengubahsuaikan kurikulum kursus pengajian, standard dan program latihan yang ditawarkan oleh institusi latihan itu;
  • (d) memberikan pengiktirafan rasmi dan jaminan bertulis termasuk mengawardkan perakuan atau apa-apa kelayakan lain kepada institusi latihan itu;
  • (e) menggantung atau membatalkan akreditasi institusi latihan kerana melanggar atau tidak mematuhi syarat akreditasi; dan
  • (f) melakukan apa-apa benda lain yang disifatkan suai manfaat atau perlu oleh Lembaga bagi maksud Bahagian ini.

Melalui peruntukan Seksyen 33B Akta 520, CIDB mentauliah Pusat Latihan Bertauliah CIDB untuk menyediakan kelengkapan dan kemudahan fizikal bagi pelaksanaan program latihan dan sesi penilaian serta mana-mana aktiviti yang melibatkan proses persijilan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP).

Kategori Program Latihan 
Yang Ditawarkan Oleh CIDB

Terdapat dua (2) kategori program latihan yang ditawarkan oleh CIDB bagi persijilan SKKP seperti berikut:

  1. Program Latihan Kompetensi Kemahiran:
    Merangkumi program-program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia dan Latihan Kompetensi Kemahiran Personel bagi persijilan SKKP tahap 1 hingga 3; (Senarai program latihan yang ditawarkan adalah seperti yang tersenarai di Lampiran 1)
  2. Program Latihan Penyeliaan dan Pengurusan:
    Merangkumi program Latihan Penyeliaan dan Pengurusan bagi persijilan SKKP tahap 4 hingga 6. (Senarai program latihan yang ditawarkan adalah seperti yang tersenarai di Lampiran 1)

Pusat Latihan Bertauliah CIDB 
(PLB CIDB) 

  1. PLB CIDB merupakan suatu penyedia latihan yang telah diberi kuasa terhad oleh CIDB untuk menjalankan suatu program latihan CIDB dan aktiviti-aktiviti yang terangkum di dalam proses persijilan sehinggalah kepada penganugerahan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP).
  2. Secara umumnya, PLB CIDB dibenar melaksanakan program seperti berikut di premis latihan masing-masing

    Jadual 1 :

    KATEGORI PROGRAM LATIHAN DAN PUSAT LATIHAN BERTAULIAH YANG MELAKSANAKANNYA

     

     

     

     

    KATEGORI PROGRAM LATIHAN

    DILAKSANA OLEH  (√)

     

    Akademi Binaan Malaysia (ABM) /

    CIDB Technologies Sdn Bhd (CIDB Tech.)

    Mana-mana Pusat Latihan Bertauliah CIDB Yang Ditauliahkan
    Program Latihan Kompetensi Kemahiran Belia (SKKP Tahap 1-3)  

     

    Program Latihan Kompetensi Personel Binaan (SKKP Tahap 1-3)  

     

    Program Latihan Penyeliaan dan Pengurusan (SKKP Tahap 4-6)  

     

    Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK)  

     

     

Pusat Penilaian Kompetensi Bertauliah CIDB
(PPKB CIDB) 

  1. Pusat Penilaian Kompetensi Bertauliah (PPKB) merupakan suatu penyedia premis yang didaftarkan di bawah mana-mana Akademi Binaan Malaysia (ABM) atau CIDB Technologies Sdn. Bhd. (CIDB Tech) yang telah diberi kuasa terhad oleh CIDB untuk menjalankan proses Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK).
  2. Secara umumnya, PPKB merupakan premis cawangan pusat penilaian yang dimiliki oleh ABM atau CIDB Tech. Permohonan pentauliahan PPKB hendaklah dipanjangkan oleh ABM atau CIDB Tech. Penyedia latihan atau pusat penilaian yang berminat untuk menawarkan premisnya sebagai PPKB CIDB dikehendaki menghubungi mana-mana ABM atau CIDB Technologies Sdn Bhd.

Pentauliahan Pusat Latihan Bertauliah CIDB (PLB) 

Pentauliahan pusat latihan bertauliah merupakan suatu prosedur yang dilakukan oleh CIDB Malaysia untuk menilai dan memberi kelulusan kepada mana-mana penyedia latihan yang dilantik sebagai Pusat Latihan Bertauliah untuk melaksana program latihan dan penilaian atau memberi kelulusan kepada mana-mana pusat ujian yang dilantik sebagai Pusat Penilaian Kompetensi Bertauliah untuk melaksana penilaian kompetensi kemahiran.

Syarat-Syarat Pentauliahan Pusat Latihan Bertauliah CIDB (PLB ) 

  1. Syarat-syarat pentauliahan Pusat Latihan Bertauliah CIDB hendaklah dibaca bersama “Peraturan-peraturan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Akreditasi dan Pemerakuan) 1999” dan kriteria-kriteria yang disyaratkan oleh CIDB.
  2. Syarat-syarat umum Pusat Latihan Bertauliah CIDB:
    BIL  

    SYARAT

     

    BUTIRAN
    1 PENDAFTARAN PERNIAGAAN PUSAT LATIHAN Mempunyai pendaftaran entiti bisnes (i.e SSM:ROB/ROC, dll) alamat berdaftar dan alamat surat menyurat.
    2 PEMILIKAN SYARIKAT Mengisytihar pemilik, pengarah, rakan kongsi dan Ahli Lembaga Pengarah.
    3 KEUPAYAAN KEWANGAN Mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM20,000.00.
    4 PREMIS LATIHAN DAN PENILAIAN Memiliki premis atau menyewa mana-mana premis dengan baki tempoh sewaan tidak kurang daripada satu (1) tahun dan mematuhi semua peraturan Pihak Berkuasa berkaitan (i.e Sijil Layak Menduduki, Lesen Perniagaan oleh PBT, Sijil Perakuan Bomba)
    5 NAMA PUSAT LATIHAN Nama atau tajuk pusat latihan yang digunakan bagi menggambarkan program latihan yang dijalankan oleh pusat latihan dan ia tidak semestinya merupakan nama yang serupa dengan nama perniagaan yang didaftarkan dengan pendaftaran perniagaan (Contoh: “ABC Construction Training”,“Akademi Latihan XYZ” . Tidak dibenarkan meletakkan perkataaan “Sdn Bhd” atau “Enterprise”)
    6 PROGRAM LATIHAN Program latihan adalah berdasarkan senarai program latihan yang ditawarkan oleh CIDB bagi persijilan SKKP.

    Sila rujuk LAMPIRAN 1 : SENARAI PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN, PENYELIAAN DAN PENGURUSAN BAGI PERSIJILAN SIJIL KOMPETENSI KEMAHIRAN PEMBINAAN (SKKP) TAHAP 1-6

    7 PENGAJAR BERTAULIAH Mempunyai tenaga pengajar yang telah ditauliahkan oleh CIDB melalui sistem pentauliahan Pengajar Bertauliah CIDB.

     

    8 KEMUDAHAN FIZIKAL
    8.1 Bagi program latihan SKKP Tahap 1-3 Mempunyai ruang latihan dan ruang ujian dengan alatan dan kelengkapan yang bersesuaian mengikut kehendak standard pekerjaan (ie NOSS, CICS)  yang merangkumi:

     i. Assessment Bay

     ii. Tools

     iii. Equipments

     iv.  Machineries

     v. Consumable Materials

    8.2 Bagi program latihan SKKP Tahap 4-6 Mempunyai ruang latihan dengan alatan dan kelengkapan yang bersesuaian untuk susun atur kelas termasuk alat pandang dengar sekiranya diperlukan.
    9 PENGURUS PUSAT LATIHAN BERTAULIAH Individu yang dilantik oleh PLB untuk mengurus, memantau dan mengawalselia pelaksanaan latihan agar mematuhi peraturan dan keperluan yang ditetapkan oleh CIDB.
  3. Syarat-syarat yang dinyatakan di atas merupakan syarat-syarat umum dan boleh diubah atau dikemaskini oleh CIDB mengikut kesesuaian dari masa ke semasa. Pemohon bertanggungjawab untuk memenuhi semua syarat yang ditetapkan di dalam sebarang kaedah permohonan pentauliahan PLB CIDB yang dipanjangkan kepada CIDB.

Apakah Program-program Latihan yang Ditawarkan kepada Pusat Latihan Bertauliah CIDB (PLB CIDB)?

Bagaimana Memohon Pentauliahan Sebagai Pusat Latihan Bertauliah CIDB (PLB CIDB)?

Bermula 25 September 2023 permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui portal CIMS-CIDB. Sila rujuk Manual Pengguna berkaitan Pentauliahan Pusat Latihan Bertauliah CIDB (PLB) seperti yang disediakan di portal CIMS-CIDB.

Berapakah Kadar Yuran yang Dikenakan Terhadap Permohonan Pentauliahan (PLB CIDB)?

Bermula 1 September 2023, kadar baharu yuran bagi permohonan pentauliahan PLB CIDB dikuatkuasa oleh CIDB.

Maklumat mengenai jenis-jenis dan kadar baharu yuran pentauliahan PLB CIDB boleh diperolehi melalui “Surat Pekeliling Bil. 05 : Pemakluman Kadar Yuran Baharu Pentauliahan Pusat Latihan Bertauliah CIDB (PLB) dan Pentauliahan Pusat Penilaian Kompetensi Bertauliah CIDB (PPKB)“. Sila klik pautan untuk memuat turun Surat Pekeliling tersebut.

Sebelum tarikh tersebut, kadar yuran adalah seperti yang disenaraikan di Jadual 1 di dalam Surat Pekeliling Bil. 05 seperti yang tersebut di atas.

Apakah Kaedah Pembayaran Yuran-yuran Pentauliahan PLB CIDB?

Pembayaran yuran pentauliahan perlu dibuat secara atas talian melalui portal CIMS-CIDB.

Bagaimanakah Permohonan Pentauliahan PLB CIDB Diproses?

Sila klik pautan di bawah (Carta Alir 1) bagi mengetahui bagaimanakah permohonan pentauliahan PLB CIDB diproses.

CARTA ALIR 1 : CARTA ALIR PERMOHONAN : PENTAULIAHAN BAHARU PLB CIDB / PEMBAHARUAN PENTAULIAHAN PLB CIDB / PENAMBAHAN CAWANGAN PLB CIDB / PENTAULIAHAN PPKB CIDB

Lihat Carta Alir

Maklumat Perhubungan PLB CIDB

Bagi Sebarang Pertanyaan Lanjut, Sila Hubungi CIDB Careline di;
Talian: +603-5567 3300 atau;
Emel: [email protected]

Program Untuk Industri

Program untuk Industri

Kontraktor

Personel Binaan

Bahan Binaan

Standard Industri Pembinaan CIS

Teknologi

Keselamatan & Kesihatan

Kualiti

Kemapanan Alam Sekitar

Maklumat Pembinaan

Misi Antarabangsa