Soalan Lazim
CIMS CIDB
Siapakah boleh mendaftar ID Pengguna CIMS?
Individu tempatan dan majikan/syarikat boleh mendaftar menggunakan pautan https://cims.cidb.gov.my/SMIS/regcontractor/regnewuser.vbhtml
Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan ID Pengguna CIMS?
Selepas mendaftar, sila semak di dalam folder ‘inbox’ atau ‘spam’ atau ‘junk’ emel didaftarkan untuk melihat dan klik pautan pengaktifan emel
Bagaimanakah saya dapat menjana semula emel pengaktifan?
Sila klik kepada ‘Tidak menerima emel pengaktifan’ di cims.cidb.gov.my dan semak di dalam folder ‘inbox’ atau ‘spam’ atau ‘junk’ emel didaftarkan untuk melihat dan klik pautan pengaktifan emel
Bagaimanakah untuk menetapkan semula kata laluan?
Sila klik kepada ‘Lupa kata laluan’ di cims.cidb.gov.my
Bagaimanakah saya dapat membatalkan emel lama dan menukar kepada emel baru?
Sila masukkan maklumbalas baru di e-bantuan untuk memohon pembatalan id lama. Tunggu emel selanjutnya daripada Careline CIDB untuk menghantar dokumen untuk pengesahan sebelum id lama dapat dibatalkan.
Pendaftaran Kontraktor
Siapakah boleh mendaftar ID Pengguna CIMS?
Sila rujuk FAQ ID CIMS
Bagaimanakah saya boleh mendaftarkan panduan dan syarat-syarat permohonan pendaftaran kontraktor?
Panduan boleh dirujuk menerusi pautan ini:
Keperluan Prosedur Pendaftaran Kontraktor & Manual Pengguna (rujuk muka surat 4-21)
Bagaimanakah saya ingin memohon pendaftaran baru/pembaharuan bagi perkara yang berikut?
Permohonan baru dan pembaharuan boleh dilakukan dengan log masuk ke CIMS dan ikuti manual seperti pautan ini:
Keperluan Prosedur Pendaftaran Kontraktor & Manual Pengguna (rujuk muka surat 24-51)
Permohonan baru dan pembaharuan boleh dilakukan dengan log masuk ke CIMS dan ikuti manual seperti pautan ini:
Keperluan Prosedur Pendaftaran Kontraktor & Manual Pengguna (rujuk muka surat 73-82)
Permohonan baru dan pembaharuan boleh dilakukan dengan log masuk ke CIMS dan ikuti manual seperti pautan ini:
Berapakah bayaran dikenakan untuk pendaftaran dan pembaharuan kontraktor tempatan?
Yuran (RM) | |
---|---|
Yuran Proses |
|
Pendaftaran baru / semula | |
G1 | 20 |
G2 | 80 |
G3 | 150 |
G4 | 350 |
G5 | 700 |
G6 | 1000 |
G7 | 1400 |
Pembaharuan | 50% daripada yuran pendaftaran (jika tidak melibatkan perubahan gred). |
Maklumat lanjut rujuk pautan ini di muka surat 5-6 (fee proses) & 10 (yuran pendaftaran):
Bagaimanakah saya ingin menyemak status permohonan?
- Status permohonan boleh disemak dengan:
Login ke dalam sistem CIMS > Registration > View Application History
-
Surat keputusan permohonan juga boleh disemak dengan:
Login ke dalam sistem CIMS > Registration > View Letter & Certificate
Bagaimanakah saya ingin membuat pengisytiharan projek?
Pengisytiharan projek boleh dilakukan dengan mengikuti panduan seperti pautan berikut:
Berapakah nilai kontrak yang layak dikenakan levi dan berapa nilai levi?
Levi sebanyak 0.125% dikenakan keatas jumlah kontrak kerja pembinaan yang melebihi lima ratus ribu ringgit dan ke atas (>RM500,000.00).
Siapakah yang bertanggungjawab membayar levi tersebut?
Bayaran levi perlu dijelaskan/dibayar oleh kontraktor utama yang membuat pengisytiharan untuk keseluruhan nilai kontrak.
Bagaimanakah saya boleh membayar levi?
Bayaran boleh dilakukan dengan menggunakan:
- Bank draft di pejabat CIDB berhampiran atau;
- Pindahan bayaran secara atas talian (online transfer)
Bagaimanakah saya boleh menghubungi CIDB untuk mendapatkan maklumat lanjut pendaftaran kontraktor?
Untuk pertanyaan selanjutnya, sila hubungi CIDB Careline di talian 03 5567 3300 atau rujuk:
Soalan Lazim (FAQ) Pendaftaran Personel Binaan dan Kebenaran Khas Memasuki Tapak Bina