Conferences
International Construction Week (ICW) 2023
Konvensyen Perintis Transformasi
Konvensyen Perintis Transformasi akan diadakan pada 28 November 2023 dan 29 November 2023 bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.
Download Full Bochure
TUNTUTAN SEMULA HRD CORP
Syarikat yang menghantar peserta boleh membuat Tuntutan HRD Corp (SBL Khas).
Dimaklumkan bahawa Konvensyen Perintis Transformasi anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bersempena International Construction Week (ICW 2023) yang dijadualkan pada 07 dan 08 November 2023 akan ditunda pada 28 November 2023 sehingga 29 November 2023.
Kenapa Anda Harus Hadir?
Kekal berdaya saing, kembangkan perniagaan, besarkan rangkaian, pertingkatkan profesion dengan nilai etika dan menyumbang kepada komuniti dan masyarakat yang terkesan dengan pembinaan.
Ini adalah peluang untuk mendapatkan pengetahuan, lonjakan idea dan inspirasi untuk masa depan yang lebih mampan dan berjaya dalam industri pembinaan.
Konvensyen Perintis Transformasi ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kepada kontraktor berkaitan perkara seperti berikut:
1. Dedahan ESG
Memperkenalkan konsep ESG kepada kontraktor dan kaitannya dengan industri pembinaan.
2. Kepentingan ESG
Mendidik peserta tentang kepentingan menggabungkan amalan mampan ke dalam perniagaan
3. Peluang Rangkaian
Memupuk peluang rangkaian dan pertukaran idea di kalangan peserta bagi meluaskan potensi kaloborasi untuk kecemerlangan diri dan kejayaan perniagaan dalam industri.
4. Anjakan Pemikiran
Mengwujudkan platform untuk kontraktor generasi digital membentuk wawasan dengan penerokaan strategi, pendedahan maklumat, anjakan pemikiran kreatif serta lonjakan motivasi untuk diaplikasi dalam perniagaan kontraktor.
Terdapat dua (2) Elemen utama dalam Konvensyen Perintis Transformasi yang akan diketengahkan untuk mencapai matlamat penganjuran konvensyen yang akan diadakan.
ELEMEN UTAMA
1. Sesi Perkongsian
Empat Sesi Perkongsian Pengetahuan menampilkan pakar industri, pembuat dasar, pemimpin pemikiran dan pemain industri untuk berkongsi pandangan, pengalaman, amalan terbaik dalam industri binaan serta memberi inspirasi untuk peserta melangkah lebih jauh lagi.
2. Forum Interaktif
Forum Interaktif dengan tumpuan tiga (3) tonggak utama ESG:
i.Keupayaan mengurangkan kesan negatif kepada alam sekitar
ii. Membina hubungan dengan komuniti setempat
iii. Mengurus kontrak dengan amalan baik dan telus
Daftar sekarang dan mulakan perjalanan menuju transformasi yang masa kini!
PAKEJ A (1 HARI) – RM 350.00 (15 Mata CCD)
(28 November 2023 – Selasa)
PAKEJ B (1.5 HARI) – RM 450.00 (25 Mata CCD)
(28 & 29 November 2023 – Selasa & Rabu)
*HRDF Claimable
Program Schedule
KONVENSYEN PERINTIS TRANSFORMASI
TUESDAY, 28 NOVEMBER 2023
MASA | TOPIK |
---|---|
8.00 pagi – 8.45 pagi | Pendaftaran Peserta |
9:00 pagi – 10.30 pagi | 1: DARI KLIK KEPADA KONTRAK Sesi bermaklumat yang tertumpu pada memanafaatkan kuasa pemasaran digital untuk membesarkan peluang mengikat kontrak yang didorong oleh kuasa digital. Peserta akan mendapat cerapan tentang teknik pemasaran digital, termasuk peningkatan jenama, manafaat serta mengoptimumkan enjin carian, mencipta kandungan yang berpengaruh, menguruskan reputasi dengan menggunakan saluran yang cepat untuk sampai ke pelanggan yang tepat. Sesi ini akan memperkasakan peserta dengan memandu mereka meneroka idea kreatif, untuk membangunkan strategi yang dipacu data dan teknik bercerita berdasarkan kes dunia sebenar. "Dari Klik ke Kontrak" melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan alatan yang diperlukan untuk memanfaatkan potensi pemasaran digital bagi membina kepercayaan untuk kejayaan kontrak dalam pasaran kompetitif hari ini. |
10.30 pagi – 10.50 pagi | Minum Pagi |
10.50 pagi – 11.30 pagi | Majlis Perasmian |
11.30 pagi – 01.00 petang | FORUM 2 : MERENTAS JALUR Satu sesi pendedahan mendalam kepada peraturan dan piawaian pematuhan dalam melaksanakan kontrak untuk menjadi peneraju industri yang beretika dan berinspirasi. Dengan memahami pematuhan dan peraturan pembinaan, peserta dapat meningkatkan kualiti kerja melalui komitmen pengukuhan kualiti menerusi etika tinggi, kejujuran, ketelusan, akauntabiliti, dan profesionalisma dengan prinsip integriti yang tidak berbelah bahagi. Peserta dapat mempelajari nilai yang boleh dicerapkan dalam perniagaan mereka apabila dapat menghormati kewajipan kontrak, mengutamakan keputusan beretika dan membina kepercayaan dengan pelanggan dan pihak berkepentingan dalam projek. Dengan "Merentas Jalur" peserta bukan sahaja dapat menambah kecemerlangan secara profesional tetapi juga menyumbang secara positif kepada reputasi industri dan kemampanan perniagaan dalam jangka panjang. |
01.00 petang – 2.30 petang | Makan Tengahari / Networking |
2.30 – 4.00 petang | FORUM 3 : KOTAK KEWANGAN KONTRAKTOR "Kotak Alat Kewangan" dibangunkan untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan kewangan dan strategi modal kerja yang diperlukan untuk berjaya dalam melaksanakan kontrak. Peserta akan meneroka pelbagai pilihan strategi modal kerja termasuk pembiayaan kontrak, pembiayaan peralatan, pinjaman modal kerja, pinjaman khusus projek tertentu, pemfaktoran, pinjaman bercagar, kredit, pembayaran kemajuan projek, bon prestasi, dan lain-lain bagi membolehkan mereka mengoptimumkan sumber kewangan semasa pelaksanaan projek. Matlamatnya adalah untuk memastikan bahawa sebagai kontraktor, peserta mempunyai kecairan tunai yang diperlukan untuk menguruskan projek dengan cekap. Peserta bukan sahaja akan mendapat cerapan tentang manfaat, kriteria kelayakan dan proses permohonan untuk setiap jenis pinjaman perniagaan. Yang lebih penting, pengetahuan ini dapat memperkasakan peserta untuk mendapatkan pembiayaan yang menyokong pertumbuhan perniagaan dan keperluan projek mereka. |
KONVENSYEN PERINTIS TRANSFORMASI
WEDNESDAY, 29 NOVEMBER 2023
MASA | TOPIK |
---|---|
8.00 pagi – 8.45 pagi | Pendaftaran Peserta |
Minum Pagi | |
8.45 pagi – 11.00 pagi | FORUM 4: TAKLUK DAN BINA Forum transformatif dengan selitan elemen inspirasi, motivasi dan bantuan diri, disesuaikan untuk memperkasakan peserta melalui pengalaman sebenar dari kontraktor berpengalaman yang sudah pun mencipta kejayaan dalam industri pembinaan. Ini adalah inisiatif yang dibentuk untuk melengkapkan peserta dengan alat dan strategi penting yang diperlukan untuk mengatasi cabaran , membina jalan menuju kejayaan, dan mencapai pertumbuhan peribadi dan profesional. Temui cara menetapkan matlamat yang jelas, mengatasi halangan dan mengekalkan keazaman yang tidak berbelah bahagi dalam merentas onak duri sepanjang memakai topi kontraktor dalam bidang pembinaan. Terokai kemahiran kepimpinan, pemikiran berstrategi dan penguasaan dalaman dan melonjakkan potensi dir untuk menakluki cabaran dalam memupuk daya tahan semasa membina laluan kejayaan dalam industri pembinaan. Takluk dan Bina adalah satu program komprehensif memberi inspirasi untuk meninggalkan legasi yang berkekalan dalam bidang pembinaan untuk generasi akan datang mengikutinya. |
11.15 pagi – 01.00 petang | Sesi Meet and Greet dan Networking Satu sesi khas yang memberi peluang kepada peserta untuk bertemu empat mata dengan panel-panel speaker yang menghimpunkan "Dari Klik ke Kontrak," "Merentas Jalur," "Kotak Kewangan Kontraktor," dan "Takluk dan Bina". Peserta akan menerima pendidikan holistik yang merangkumi pemasaran digital, kepimpinan pengurusan kontrak, bijak kewangan hinggalah kepada pembangunan peribadi yang boleh dibawa pulang untuk menakluki cabaran sepanjang membina kejayaan. Ia juga akan melengkapkan peserta untuk berkembang maju dalam industri pembinaan yang kompleks dan berdaya saing, di mana kedua-dua kemahiran teknikal dan kemahiran keperibadian tinggi adalah penting untuk kejayaan jangka panjang. |
01.00 -2.30 petang | Makan Tengahari |
2.30 petang | Tamat |
Daftar
Konvensyen Perintis Transformasi
28 & 29 Nov 2023 (Tue / Wed)
Quicklinks
Contact
Looking for assistance or have questions?
Chat with our dedicated customer service team.
Available Monday to Friday,
9:00 am – 6:00 pm (GMT+8).